Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Dr Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi berkunjung ke kediaman rasmi Tan Sri Dr George Chan. Foto: TVS

TBC: Tun Dr Wan Junaidi, isteri berkunjung ke kediaman Tan Sri Dr George Chan

KUCHING, 10 Feb:Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi berkunjung ke kediaman bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr.George Chan Hong Nam di sini, sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini.

Beliau serta rombongan tiba pada jam 2.09 petang berkesempatan menggaul ‘Yee Sang’ bersama George Chan dan isteri, Datin Patinggi Dato Lorna Enan Muloon serta tetamu kehormat lain.

Sejurus itu, Tun Dr Wan Junaidi turut menjamu selera bersama tetamu yang lain.

Hadir sama, isteri mantan Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem, Datuk Amar Puan Sri Jamilah Anu,
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Hipni, dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang,MAC63, dan hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan