Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan itu hari ini. Foto Alexander Nanta Linggi (FB)

Tahun naga diharap bawa kebahagiaan dan rezeki yang bertambah – Nanta

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan itu hari ini, dengan harapan kedatangan tahun naga akan membawa kebahagiaan dan rezeki yang bertambah.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau turut menasihati orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman ataupun bercuti bersama keluarga supaya merancang perjalanan dengan baik.

“Sempena tahun naga yang disambut pada tahun ini, saya berharap agar perayaan Tahun Baharu Cina 2024 akan membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah.

“Bagi yang ingin pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga, sila rancang perjalanan dengan baik. Semoga selamat tiba ke destinasi yang ingin dituju,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan