Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Tahun Naga bawa Sarawak makmur, ekonomi mampan – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 10 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap ‘Tahun Naga’ akan membawa kemakmuran kepada negeri sekali gus memampankan lagi ekonomi Sarawak.

Pada masa sama, Abang Johari mahu perayaan masyarakat Tionghua kali ini menjadi wadah kepada rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama terus bersatu padu dalam usaha kerajaan negeri menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembangunan yang lestari.

Eratkan perpaduan, kukuhkan ekonomi – Abang Johari | TVS

“Sekiranya masyarakat bersatu padu, kita dapat menumpukan perhatian kita kepada pembangunan yang lestari kepada Sarawak dan harapan kita ialah ekonomi negeri ini dan keadaan masyarakat bandar dan luar bandar akan terus kita bela dengan kekuatan yang ada pada Bumi Kenyalang.

“Saya dan rakan-rakan dalam kabinet Kerajaan Sarawak mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Tionghua di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi.

Hadir sama, ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Rumah terbuka yang pertama kali dianjurkan kepada orang ramai dibuka dari jam 9 pagi hingga 3 petang dengan menganggarkan sekitar 5,000 pengunjung hadir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan