Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika ditemui pemberita ketika Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2024, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini. Kredit: TVS

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Sarawak 2024, acara terbaik – Stephen Rundi

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 10 Feb: Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Sarawak 2024 hari ini merupakan acara terbaik yang membuka tirai tahun 2024 ini, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Sehubungan itu, Rundi menyatakan dirinya tidak sabar akan untuk menghadiri acara di peringkat negeri selepas ini.

“Kita tidak sabar untuk melihat perayaan dari kaum lain selepas ini yang antaranya Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2024, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini.

Rundi menganggap sambutan hari ini sebagai jalan bagi Sarawak bergelar negeri contoh berkaitan perpaduan di negara ini.

Majlis yang berlangung dari jam 9 pagi hingga 3 petang itu menyaksikan sekitar 5,000 pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan agama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan