Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Acara rumah terbuka yang dianjur oleh kerajaan Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Sambutan Tahun Baru Cina di Sarawak, Sabah dan Labuan meriah

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran kerajaan Sarawak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.

Lebih 5,000 tetamu daripada pelbagai latar belakang dan kaum hadir dengan busana rona merah, warna yang membawa maksud ‘Ong’ atau tuah dalam kalangan masyarakat Cina.

Program rumah terbuka bermula dari 9 pagi hingga 3 petang turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Dalam pada itu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang ketika ditemui berkata sambutan daripada pelbagai kaum bagi setiap perayaan di negara menjadi tradisi unik yang wujud di Malaysia.

“Ini membuktikan bahawa kita mengiktiraf dan hormat kepelbagaian budaya dan kaum yang kita ada sebab semua perayaan kita akan bersama-sama sambut tidak kira warna kulit,” katanya.

Di SABAH, hampir 10,000 tetamu hadir memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat negeri Sabah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) di sini.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni hadir memeriahkan majlis dan ketibaan mereka pada 11 pagi, disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri Datin Seri Juliah Salag.

Acara dimulakan dengan menggaul Yee Sang oleh Juhar bersama tetamu kenamaan lain sebagai tanda meraikan tahun baharu agar membawa tuah dan keberkatan buat semua.

Sementara itu di LABUAN, Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman turut menghadiri beberapa rumah terbuka yang dihoskan oleh pemimpin industri maritim terkemuka Datuk Seri Patrick Tiong, ahli perniagaan tempatan Datuk Robert Seah, dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Labuan Datuk Wong Kii Yii.

Rumah terbuka itu menarik ribuan penduduk setempat yang hadir seawal pukul 10 pagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan yang dipenuhi hiasan tradisional dan persembahan tarian singa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan