Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adun Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor dan Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli merasmikan Program Berkhatan Perdana Tahun 2024 Di Masjid Bandar Sri Aman pada Sabtu. Foto TVS

Program Berkhatan Perdana di Sri Aman, ringankan beban ibu bapa

SRI AMAN, 10 Feb: Golongan ibu bapa menarik nafas lega serta berterima kasih kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas inisiatif Progam Berkhatan Perdana yang diadakan di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, program anjuran Pejabat Daerah Sri Aman bersama Pejabat Daerah Lingga itu menyediakan perkhidmatan berkatan secara percuma kepada masyarakat di sini.

“Saya sedia maklum ramai ibu bapa yang merintih meluah perasaan mengatakan beban untuk membayar caj perkhidmatan untuk bersunat yang sangatlah tinggi.

“Saya sangat berterima kasih kepada Premier sarawak dan Kerajaan GPS kerana telah meluluskan kertas kerja tersebut telah meluluskan program ini untuk dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Berkhatan Perdana Tahun 2024 Di Masjid Bandar Sri Aman pada Sabtu.

Tambahnya program ini akan diusahakan untuk menjadi acara tahunan bagi bandar Sri Aman agar terus dapat membantu meringankan beban masyarakat.

“Program ini akan dilaksanakan pada bulan Januari 2025 ketika cuti sesi persekolahan dengan Pejabat Daerah Lingga sebagai tuan rumah penganjuran aktiviti ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli menyifatkan program berkenaan adalah platform terbaik untuk merapatkan tali persaudaraan pelbagai pihak tanpa mengira kaum dan agama.

“Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara orang tua bersama anak mereka tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara para ibu bapa yang hadir menghantar anak-anak mereka.

“Kehadiran masyarakat berbilang kaum dan agama yang berkumpul di kawasan masjid menunjukkan perpaduan yang harmoni di kawasan ini tanpa ada sebarang isu yang timbul,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan