Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta para tetamu yang hadir di kediaman rasmi Ahli Lembaga Pengarah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Dato Goh Leng Chua di Kuching pada Sabtu. Foto: TVS

Kediaman Goh tutup tirai kunjungan Tahun Baru Cina Tun Dr Wan Junaidi, hari ini

KUCHING, 10 Feb: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, hari ini menutup tirai kunjungan Tahun Baru Cina 2024 dengan bertandang ke kediaman Ahli Lembaga Pengarah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Dato Goh Leng Chua, sebentar tadi.

Tun Dr Wan Junaidi dan isteri tiba di perkarangan kediaman tersebut pada jam 8.25 malam sambil diiringi barisan pemimpin Kerajaan Sarawak bersama isteri masing-masing.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melakukan Yee Sang bersama para tetamu yang hadir di kediaman rasmi Ahli Lembaga Pengarah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Dato Goh Leng Chua di Kuching pada Sabtu. Foto: TVS

Manakala Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang tiba di kediaman berkenaan pada jam 7. 55 malam.

Sejurus Tun Dr Wan Junaidi tiba, beliau merakam gambar kenangan bersama barisan pemimpin Sarawak beserta isteri di perkarangan kediaman sebelum menggaul ‘Yee Sang’ di sini.

Tun Dr Wan Junaidi turut meluangkan masa menikmati jamuan makan malam bersama tetamu yang hadir dan seterusnya mengakhiri kunjungan sekitar jam 9.38 malam.

Turut mengiringi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Bekalan Air) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan