Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemilik syarikat di Sibu kerugian RM580, 000 selepas menjadi mangsa kes penipuan e-dagang iaitu pembelian batu jed tidak wujud dalam talian

Hilang wang simpanan tiada kaitan dengan PADU – Polis

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 10 Feb: Polis pada Jumaat menjelaskan bahawa kehilangan wang dalam akaun bank membabitkan beberapa individu di Dungun adalah disebabkan oleh perbuatan ‘scammer’ atau sindiket penipuan dan tiada kaitan dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur mangsa tertipu dengan ‘phishing’ atau pemancingan maklumat menerusi akaun Tabung Haji dan Bank Islam.

“Anda boleh keluarkan duit di Tabung Haji dan Bank Islam… takut scammer ini berjaya menggunakan kedua-dua pautan ini untuk kelirukan mangsa.

“Jadi bila (mangsa) salah tekan pautan sama ada menerusi Bank Islam atau Tabung Haji, jadi scammer boleh salin kata laluan dan keluarkan duit tanpa disedari mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan tular menerusi media sosial kononnya beberapa individu di Dungun kehilangan wang simpanan di Bank Islam yang bersangkut paut dengan PADU. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan