Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai yang juga Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyifatkan program 'Geng Subuh Macam Jumaat' peluang terbaik mengimarahkan aktiviti kemasyarakatan.

‘Geng Subuh Macam Jumaat’, jadikan amalan pada Ramadan – Dr Abdul Rahman

ByMuqri Aziz

KUCHING, 10 Feb: Kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ wajar menjadi amalan terutama pada bulan Ramadan di seluruh surau dan masjid di seluruh negeri ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Menurutnya program anjuran CATS FM itu juga sebagai platform terbaik untuk warga Bandaraya ini mengimarahkan rumah ibadat bermula di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin awal pagi tadi.

Program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ peluang terbaik mengimarahkan aktiviti kemasyarakatan di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin awal pagi tadi.

“Ramai jemaah masijd bersama-sama menunaikan Solat Fardhu Subuh dalam program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ di sini dan ini adalah satu perkara yang kita amat galakkan dan diharapkan pada masa hadapan kita dapat mengadakannya selalu.

“Saya juga ingin jemput orang ramai untuk selalu datang ke masjid malahan di mana-mana aktiviti yang lain (yang dianjurkan oleh pihak masjid) untuk kita mengimarahkan kemasyarakatan dan seterusnya memberi kebaikan kepada masyarakat kita secara keseluruhan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri aktiviti ‘Geng Subuh Macam Jumaat di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin awal pagi tadi.

Sementara, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak itu turut menyeru agar masyarakat Islam di seluruh negeri untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan surau dan masjid di sekitar mereka sepanjang bulan Ramadan nanti bagi meningkatkan amal jariah masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai yang juga Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika ditemui pemberita selepas menghadiri aktiviti ‘Geng Subuh Macam Jumaat di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin awal pagi tadi.

“Pada bulan Ramadhan, kita ajak rakan-rakan kita, para dermawan, ahli-ahli korporat dan usahawan untuk beramal jariah kerana inilah masanya untuk bersedekah dengan aktiviti-aktiviti yang ada seperti mengadakan aktiviti berbuka puasa di masjid.

“Bukan itu sahaja, pengisian pelbagai aktiviti antara solat lima waktu sehari semalam sepanjang masa dan ini juga disebut oleh Ustaz Azmi Shaari yang mahu aktiviti diadakan antara solat fardhu,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kristal Harta (CATS FM) Mohd Iskandar Mohd Nawawi turut menyifatkan program sedemikian memberi impak positif kepada pembentukan ummah dan mahu aktiviti itu diteruskan secara istiqamah pada masa akan datang.

Terdahulu, program tersebut juga diselitkan dengan tazkirah Subuh sempena Isra’ Mikraj oleh Ustaz Azmi Shaari serta acara senaman Taichi dan sarapan pagi yang turut dihadiri lebih 1,000 jemaah.

Untuk rekod, penganjuran ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ dipelopori oleh penyanyi dan pengacara terkenal tempatan Alif Satar dan diilhamkan selepas mendengar ceramah seorang ustaz mengenai isu konflik peperangan Hamas dan rejim Israel sejak November tahun lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan