Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengajak warga Sarawak melangkah ke Tahun Naga dengan memperbaharui komitmen ke arah membina Sarawak yang lebih inklusif, makmur, bersatu padu dan berdaya tahan. Foto fail Aziz Soleh (TVS)

Warga Sarawak diajak melangkah ke Tahun Naga dengan memperbaharui komitmen

KUCHING, 9 Feb: Warga Sarawak diajak melangkah ke Tahun Naga dengan memperbaharui komitmen bagi membina Sarawak yang lebih inklusif, makmur, bersatu padu dan berdaya tahan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata setiap warga Sarawak wajar bertambah kuat, yakin dan cerdas.

“Kepelbagaian kaum dan agama di Sarawak merupakan kelebihan,

“Sambutan Tahun Baru Cina diraikan semua warga Sarawak, simbol keharmonian, hormat menghormati dan semangat kemasyarakatan,” katanya menerusi perutusan Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina adalah masa yang sesuai untuk permulaan baharu dan meraikannya bersama keluarga dan rakan yang pelbagai kaum.

Beliau turut mengajak warga Sarawak agak terus memberi sokongan padu kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, Abang Johari memerlukan sokongan dan kerjasama memandangkan Sarawak kini dalam perjuangan mencapai matlamat negeri maju menerusi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

“Semoga tahun baru ini disertai kesihatan, kebahagian, perpaduan dan kemakmuran.

“Marilah kita bekerjasama dengan semangat yang diperbaharui, untuk menjadikan Sarawak sebagai mercu tanda keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan