Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi.

Tun Dr Wan Junaidi zahir penghargaan atas sumbangan Tun Taib

KUCHING, 9 Feb: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan penghormatan kepada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud atas sumbangan besar beliau terhadap pembangunan Sarawak.

Beliau berkata dalam tempoh perkhidmatan kerajaan yang luar biasa selama 51 tahun, baik di peringkat Persekutuan dan kemudiannya memegang tampuk kepimpinan tertinggi Sarawak pada 1981, Tun Taib sinonim dengan pembangunan luar biasa Sarawak.

“Beliau (Tun Taib) meletakkan batu asas yang kukuh untuk menjadikan Sarawak sebagai antara wilayah paling stabil dari segi politik dan berdaya maju dari segi ekonomi di Malaysia hari ini.

“Doa tulus ikhlas saya untuk kesejahteraan Abdul Taib dengan penuh kesyukuran dan rasa hormat, saya mengucapkan selamat bersara kepada beliau,” katanya dalam perutusan Tahun Baru Cina.

Pada 29 Jan, Wan Junaidi mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8 di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Pelantikan beliau dibuat mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Jan 2024 hingga 26 Jan 2028, menggantikan Abdul Taib yang memegang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan