Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengenepikan protokol untuk menyantuni masyarakat di Kampung Pendam, Sadong Jaya, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi ketepi protokol santuni orang kampungnya di Pendam

ByLuqman Muhammad

SADONG JAYA, 9 Feb: Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengenepikan protokol untuk menyantuni masyarakat di Kampung Pendam, Sadong Jaya, hari ini.

Tun Dr Wan Junaidi yang tiba ke kampung kelahiran beliau itu, memulakan lawatan rasmi pertama dengan menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub Sadong Jaya bersama masyarakat Islam setempat di sini.

TYT ketepi protokol santuni orang kampung di Pendam | TVS

Sejurus itu, Tun Dr Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa menikmati makan tengah hari sekali gus bersama penduduk kampung di sini.

Lawatan rasmi Tun Dr Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi  disaksikan berakhir dengan sesi menziarahi pusara ayahanda Tun Dr Wan Junaidi iaitu Tuanku Jaafar di Tanah Perkuburan Islam Sadong Jaya.

Kunjungan Tun Dr Wan Junaidi hari ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke kampung kelahirannya selepas menerima surat cara pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak daripada Yang di-Pertuan Agong ke -16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 26 Januari 2024.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta dif-dif kenamaan yang lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan