Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana (M) Datuk Hamid Mohd Amin bercakap ketika ditemu bual dalam Dialog TVS - Membelah Samudera, Mendaulatkan Negara. Foto TVS

TBC: APMM perketat kawalan sempadan perairan negara

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 9 Feb: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) komited memperketatkan kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di perairan maritim negara terutamanya di sempadan negara sempena sambutan Tahun Baru Cina ini.

Kenyataan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim, Datuk Hamid Mohd Amin hari ini berkata, bagi mengekang dan memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan serta aktiviti salah laku di Zon Maritim Malaysia, pihaknya akan memperhebatkan rondaan di kawasan ‘hotspot’.

Menurut beliau, seramai 800 pegawai dan anggota penguat kuasa ditugaskan dengan 45 buah aset dikerah bagi melaksanakan rutin rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara yang meliputi keluasan 556,285 kilometer persegi.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di kawasan perairan negara.

“Maritim Malaysia turut menyeru kepada komuniti maritim khususnya untuk terus menjadi mata dan telinga kepada pihak agensi agar aktiviti salah laku dan jenayah maritim dapat dibanteras habis-habisan,” katanya.

Hamid dalam pada itu memberitahu orang ramai yang ingin membantu menyalurkan maklumat boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim (POMAR) di talian 03-89434001 serta mana-mana Pusat Operasi Maritim Negeri (PUSOP) yang berhampiran di seluruh negara atau menghubungi Malaysian Emergency Response Services (MERS) di talian 999. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan