Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita berusia 37 tahun dan suaminya, 50 tahun didenda berjumlah RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menakutkan dengan jenayah dua lelaki pada Isnin lalu. Foto TVS

Suami isteri ‘samseng’ jalan raya, didenda RM5,000

BUKIT MERTAJAM, 9 Feb: Suami isteri yang mengganggu penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang seperti video yang tular di media sosial didenda masing-masing berjumlah RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit menetapkan hukuman selepas kedua-dua tertuduh Muhammad Hafiz Ong Abdullah, 50 dan isterinya, Ong Ser Ying, 37 mengaku bersalah terhadap perbuatan tersebut.

Menurut Nurul Rasyidah kedua-dua tertuduh diperintahkan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa secara bersama menakutkan  dua lelaki secara jenayah di KM 2.8 jambatan itu arah pulau menuju Perai kira-kira pukul 5 petang, 5 Februari lalu.

Pasangan ganggu, bahayakan penunggang di Jambatan Pulau Pinang dicekup polis

Mereka didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shakila Dahari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sekiranya mereka gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara enam bulan, namun kedua-duanya membayar denda tersebut.

Terdahulu, media baru-baru ini melaporkan polis menahan pasangan suami isteri di George Town dekat sini selepas satu video memaparkan tindakan mereka menakutkan dan membahayakan penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang tular di media sosial.

Video yang dimuat naik pengguna Facebook tersebut memaparkan pembonceng wanita membaling objek dipercayai pasir dan cuba menendang penunggang yang ingin memotong motosikal ditunggang suaminya.

Siasatan polis mendapati kedua-dua suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan