KUCHING, 9 Feb: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedia bekerjasama dengan Kementerian Utiliti dan Komunikasi (MUT) dalam usaha memperkasakan lagi unit penguatkuasaan dengan menyediakan latihan serta advokasi penguatkuasaan pengedaran gas, termasuk gas asli dan LPG.
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Ali, meskipun Ordinan Pengedaran Gas 2016 memperuntukkan Kerajaan Sarawak menerusi MUT memiliki kuasa sepenuhnya terhadap sebarang aktiviti pengedaran gas di negeri ini.
Armizan menambah perkara itu seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), berkuat kuasa pada 1 Jun 2021.
“Sebentar tadi saya mengadakan pertemuan dengan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, fokusnya adalah untuk membincangkan tentang aspek aktiviti pengedaran gas, khusunya mengenai gas asli dan LPG.
“Kita juga menyatakan kepada kementerian sekiranya kerajaan negeri memerlukan bantuan kita utk melaksanakan operasi bersepadu, KPDN akan memberi sokongan penuh dan akan berkerjsama untuk kita menjayakan hasrat sebagaimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang telah pun sebenarnya dipersetujui dan telah selesai proses perundangan. Iaitu menyerahkan kawal selia itu kepada Sarawal,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ‘Walkabou’t Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ke Program Jualan Rahmah Parlimen P193 Santubong, di sini, pada Jumaat.
Tambah beliau, KPDN juga telah memutuskan untuk meneruskan Ops TIRIS melibatkan operasi bersepadu bagi membanteras isu penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi, tetapi termasuk juga barangan yang dikawal.
“Tapi kita juga pada tahun ini melaksanakn Ops TIRIS yang melibatkan pelbagai agensi dan juga melibatkan operasi penguatkuasan barang-barang kawalan seperti gula, minyak masak paket, minyak ron 95, LPG dan sebagainya.
“Jadi kita berpendapat bahawa dengan adanya operasi bersepadu ini, berpandukan kepada whole government approach, insyaAllah kita yakin kita dapat menangani isu-isu yang terkait dengan ketirisan, subsidi, penyeludupan, dan juga penyelewengan barang-barang kawalan khususnya barang kawalan bersubsidi,” ujarnya lagi. -TVS