Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan delegasi di pejabatnya, di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Sarawak bakal jadi jelapang padi kedua negara – Mat Sabu

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) optimis Sarawak akan bergelarĀ pengeksport beras negara pada masa akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu meyakini kejayaan itu susulan menyaksikanĀ kesungguhan dan keagresifan Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan industri padi dan beras negeri ini.

Mohamad juga mengakui pihaknya turut menaruh keyakinan Sarawak mampu menjadi negeri jelapang padi kedua negara selepas Kedah.

ā€œKeazaman Sarawak pada suatu hari nanti iaitu dalam tempoh tidak lama dari sekarang, mereka akan mampu sampai ke peringkat mengeksport beras.

“Ini merupakan kesungguhan Kerajaan Sarawak di bawah Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah yang mana kita akan bekerjasama dan berganding bahu untuk menjayakan perancangan negeri terutama sekali mengenai padi.

ā€œPremier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempunyai azam yang begitu tinggi sekali, ia bukan sekadar angan-angan, kita (KPKM) yakin bahawa Sarawak mampu menjadi jelapang padi kedua selepas Kedah,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di pejabatnya, di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kementeriannya bakal menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri berkaitan perkongsian teknologi dalam bidang pertanian.

“Kita akan bekerjasama sama ada di peringkat universiti, melaksanakan penyelidikan melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan sebagainya.

ā€œKerjasama ini juga melibatkan pengairan di sawah padi dengan perlu mendapatkan pandangan pesawah dan petani mengenainya kerana semua ini merupakan perbelanjaan yang besar dan kita harus berkongsi tanggungjawab ini,ā€ katanya.

Untuk rekod, Sarawak menyumbang 6.5 peratus pengeluaran beras negara, jauh ketinggalan berbanding negeri jelapang padi, Kedah iaitu 36.6 peratus.

Terdahulu dalam perkembangan lain, Abang Johari telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pustaka Negeri Sarawak.Ā – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan