Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama

PM seru PDRM tambah baik peranan, imej dan integriti

ByBernama

BANDA HILIR, 9 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menambah baik peranan masing-masing dalam menjaga keamanan negara ini serta mengembalikan integriti agensi keselamatan itu.

Beliau berkata PDRM memerlukan ketangkasan dan kecekapan dalam pasukannya dengan tahap kredibiliti pegawainya yang lebih profesional serta mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kelompok kecil yang merosakkan imej PDRM.

Anwar berkata ini kerana PDRM dilihat sebagai benteng pertahanan utama domestik untuk mengangkat martabat negara.

“Ketua Polis Negara beberapa hari lalu menyergah kuat pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa. Dia (Ketua Polis Negara) maklum saya bahawa jumlah ini kecil, walaupun jumlahnya kecil ia memberi imej buruk kepada PDRM keseluruhannya.

Saya minta kerjasama PDRM perbaiki, cuba ubah imej dan sistem negara kita ini. Negara kita ini punyai rekod cemerlang dalam banyak hal tetapi negara kita juga tercemar dengan imej salah guna kuasa dan rasuah yang mencalar,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, di sini, bersempena lawatan rasminya ke Melaka hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan