Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kesepaduan sosial merupakan kekuatan unik bagi Sarawak untuk terus maju.

Kesepaduan sosial pemangkin pembangunan berterusan Sarawak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 9 Feb: Kesepaduan sosial yang wujud antara masyarakat di Sarawak berbilang kaum dan agama merupakan kekuatan unik bagi Sarawak untuk terus maju, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, nilai itu yang disokong oleh pemimpin berwawasan membolehkan Sarawak melonjak pembangunan ke tahap lebih tinggi.

“Sambutan Tahun Baru Cina kali ini bukan sahaja untuk mengimbas kembali kejayaan yang dikecapi Sarawak, malah bagi melakar pembangunan masa depan,” katanya menerusi perutusan Tahun Baru Cina.

Menurutnya, tahun ini, masyarakat di Sarawak dan di seluruh dunia mengalu-alukan Tahun Naga, yang menurut budaya dan cerita rakyat kaum Cina, ia melambangkan kuasa yang kuat, tuah tanpa batas, keberanian, kecemerlangan, keazaman, maruah dan ketuhanan.

“Seekor naga dipercayai mempunyai kekuatan yang berkekalan untuk mengatasi pelbagai rintangan yang boleh menghalang kejayaan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan