Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Foto Bernama.

Fahmi harap sambutan Tahun Baharu Cina bawa limpahan kebahagiaan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Cina dan berharap sambutan kali ini akan dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

“Semoga Tahun Naga ini membawa banyak peluang dan kekayaan sepanjang perjalanan dan semoga kehidupan anda dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

“Selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua rakan yang meraikannya dan saya doakan anda dan orang tersayang sentiasa sihat, bahagia, sejahtera dan panjang umur,” kata Fahmi dalam Facebooknya hari ini.

Perayaan Tahun Baharu Cina bermula esok sempena sambutan Tahun Naga.

Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dalam catatan Facebooknya berharap Tahun Naga akan membawa kejayaan yang melimpah, kemakmuran dan tuah kepada semua.

“Ketika kami mengucapkan selamat tinggal kepada yang lama dan menerima yang baru, saya ingin menyampaikan ucapan ikhlas buat semua sempena sambutan Tahun Baharu yang meriah ini,” katanya.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang pula berharap sambutan Tahun Baharu Cina akan dimeriahkan dengan suasana dan tradisi kunjung-mengunjung jiran tetangga sekali gus meningkatkan semangat kebersamaan antara rakyat.

“Semoga tahun baharu ini membuka rahmat yang lebih baik untuk negara,” katanya dalam hantaran di Facebook. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan