Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa tragedi kepala air, Aslinda Bani, 38, tidak dapat menahan sebak sejurus menerima berita kematian adiknya, Aszura Bani, 37, ekoran kejadian tersebut di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor semalam. Foto, Bernama.

Tragedi kepala air Kampung Poh: Seorang kanak-kanak ditemui lemas, dua masih hilang

ByBernama

TAPAH, 8 Feb: Satu lagi mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh iaitu seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas pada pukul 9.50 malam tadi, menjadikan jumlah mangsa  yang ditemukan setakat ini kepada dua orang.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai anak Aszura Bani, 37, mangsa lemas pertama ditemui kira-kira 600 meter dari tempat kejadian.

“Dengan bantuan orang kampung, kanak-kanak itu ditemukan di tepi sungai dalam keadaan tersangkut pada ranting kayu,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Terdahulu kejadian kira-kira 4 petang semalam, enam sekeluarga dan seorang pembantu rumah terperangkap dalam kepala air ketika sedang berkelah di Sungai Kenjur.

Dalam kejadian itu kakak Aszura, Aslinda Bani, 38, anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi,11, dan seorang pembantu rumah terselamat sementara dua anak Aszura masih belum dijumpai.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terbabit ditangguhkan pada pukul 7.30 malam tadi dan akan disambung pagi ini.

Namun atas usaha penduduk kampung yang mengambil inisiatif terus mencari mangsa berjaya menemukan  mayat kanak-kanak berkenaan.

Sementara itu, Mohd Naim menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti melibatkan air ketika musim Monsun Timur Laut.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan