Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan (KPM) terus menumpukan usaha melatih guru yang belum menguasai sepenuhnya penggunaan portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dari semasa ke semasa. Foto hiasan, Envato.

Semakan keputusan temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 dibuka petang ini – SPP

PUTRAJAYA, 8 Feb: Semua lepasan universiti bukan pendidikan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang telah ditemu duga pada 18 Sept hingga 9 Nov lepas boleh mula menyemak keputusan masing-masing melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bermula 5.30 petang ini, umum SPP.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPP memaklumkan seramai 6,315 calon telah berjaya dalam temu duga berkenaan dan layak dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred DG41 secara kontrak bagi mengisi sebahagian daripada keperluan PPP gred DG41 di semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara.

SPP mengingatkan semua calon yang berjaya untuk mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan ke suruhanjaya itu dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh surat tawaran, sebelum urusan penempatan dilaksanakan.

“Proses penempatan calon yang berjaya akan diuruskan oleh KPM,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu menasihatkan semua calon agar sentiasa merujuk portal e-Graduan KPM di https://egraduan.moe.gov.my/ dari semasa ke semasa bagi urusan kemaskini maklumat graduan serta penempatan.

SPP turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon yang berjaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan