Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FA, Mohd Azraai Khor Abdullah meninggal dunia pada usia 72 tahun hari ini.

Mohd Azraai Khor meninggal dunia

ByFirdaus Ismail

ALOR SETAR, 8 Feb: Bekas Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FA, Mohd Azraai Khor Abdullah meninggal dunia pada usia 72 tahun hari ini.

Berita itu disahkan oleh anak tiri Allahyarham, Firdaus Zainuddin menerusi Facebook.

“Mohon sedekah Al Fatihah buat bapa saya Mohd Azraai Khor yang meninggal dunia sebentar tadi.

“Jenazah bapa berada di sebuah pusat perubatan swasta di Alor Setar,” katanya.

Mohd Azraai yang juga bekas Ketua Jurulatih Harimau Muda A dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan pagi tadi dipercayai akibat serangan angin ahmar.

Allahyarham yang merupakan bekas pemain kebangsaan itu merupakan tokoh yang tidak asing dalam bola sepak tempatan.

Pada 2009, Mohd Azraai mencipta sejarah sebagai ketua jurulatih tempatan pertama memenangi kejuaraan double treble apabila membimbing Kedah FA menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2007 dan 2008.

Rekod cemerlangnya juga diteruskan apabila membimbing Negeri Sembilan FA menang Piala Malaysia pada 2011 dan Piala Sumbangsih pada tahun sama.

Mohd Azraai juga pernah mengemudi Perak FA, T-Team FC dan juga Kelantan FA. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan