KUCHING, 8 Feb: Seorang lelaki yang memiliki sembilan rekod jenayah dan kesalahan penyalahgunaan dadah dicekup polis selepas meragut beg tangan seorang wanita di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata suspek diberkas anggota pasukan Jabatan Siasatan Jenayah, D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di lokasi kejadian di hadapan sebuah bank, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.
tangkapan itu dilakukan oleh“Turut dirampas sebuah motosikal dan serangkai kunci motosikal serta barangan peribadi milik mangsa yang disamun (ragut),” katanya menerusi kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching untuk proses permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada 9 Februari.