Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mengucapkan Tahun Baru Cina. Foto Astana

Kerajaan Sarawak iktiraf sumbangan masyarakat Cina – Tun Dr Wan Junaidi

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 9 Feb: Pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) serta sokongan kewangan kepada sekolah persendirian Cina menunjukkan Kerajaan Sarawak menghargai sumbangan diberikan oleh kaum Tionghua di sini.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah berkenaan juga sebagai menghargai kepentingan bahasa Mandarin di peringkat global.

Jelas Tun Dr Wan Junaidi, pengiktirafan itu bermula sejak zaman bekas Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem dan diteruskan dengan impak yang lebih besar oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ini mencerminkan kepimpinan (Sarawak) mempunyai rasa hormat yang mendalam terhadap kepelbagaian dan keterangkuman di sini selain pemahaman tentang pulangan ekonomi, sosial dan politik serta pendidikan Cina kepada Sarawak dan rakyatnya,” katanya.

Tun Dr Wan Junaidi berkata demikian menerusi perutusan sempena Tahun Baharu Cina hari ini.

Sementara itu, Tuan Yang Terutama turut menyeru seluruh rakyat Sarawak untuk bersatu dalam memelihara keharmonian di negeri ini.

Mengambil semangat tahun naga pada sambutan kali ini, Tun Dr Wan Junaidi berharap agar ekonomi Sarawak terus tumbuh pesat pada tahun ini setelah mencatatkan pencapaian cemerlang pada 2023.

“Pada tahun lepas, Sarawak merekodkan pendapatan sebanyak RM13.3 bilion dan ini membolehkan Kerajaan Sarawak melaksanakan program pembangunan secara sistematik malah memulangkan semula kepada rakyat melalui pemberian bonus dua bulan kepada pegawai awam Sarawak selain RM600 kepada penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak.

“Pertumbuhan ini juga mencerminkan keberkesanan dasar dan strategi Kerajaan Sarawak dalam memacu kemajuan ekonomi,” katanya.

Tambah Tun Dr Wan Junaidi, beliau yakin kemakmuran Sarawak akan berterusan di bawah kepimpinan Abang Johari dan sokongan ahli kabinet yang berdedikasi.

“Usaha gigih kerajaan yang dipandu oleh Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030, telah meletakkan Sarawak pada trajektori pertumbuhan mampan, dipacu oleh inovasi dan kreativiti,” tambah beliau. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan