Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai pengerusi pilihan raya menunggu untuk mengumpul bahan mengundi di pusat pengedaran di Islamabad pada 7 Februari 2024, sehari sebelum pilihan raya umum Pakistan. Foto AFP

26 maut, puluhan cedera menjelang pilihan raya umum Pakistan

ByBernama

ISLAMABAD, 8 Feb: Sehari sebelum pilihan raya umum Pakistan, dua letupan kuat melanda pejabat kempen pilihan raya di wilayah Balochistan barat daya negara itu pada Rabu, mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang manakala lebih 45 lagi cedera.

Pengeboman menyasarkan pejabat calon yang bertanding di daerah Pishin dan Qila Saifullah, kata Ketua Polis Balochistan Abdul Khalique Shaikh kepada Xinhua.

Insiden pertama di Pishin mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa manakala lebih 25 lagi cedera.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan lebih 20 lagi cedera dalam letupan kedua di daerah Qila Saifullah.

“Serangan pengganas” berlaku apabila sejumlah besar penyokong pemimpin politik berkumpul untuk mengadakan mesyuarat.

Pasukan keselamatan dan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan memindahkan mangsa yang cedera ke hospital berdekatan.

Agensi penguatkuasa undang-undang, polis dan skuad pemusnah bom bertindak mengawal kawasan terbabit dan mengumpul bahan bukti bagi menyiasat punca kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan