Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 23 buah motosikal dan sebuah kenderaan lasak serba bentuk permukaan bumi (ATV), musnah dalam kebakaran sebuah bengkel motosikal di Kampung Guar Perahu, di sini awal pagi hari ini. Foto JPBM

23 buah motosikal dan sebuah ATV musnah dalam kebakaran

ByBernama

BUKIT MERTAJAM, 8 Feb: Sebanyak 23 buah motosikal dan sebuah kenderaan lasak serba bentuk permukaan bumi (ATV), musnah dalam kebakaran sebuah bengkel motosikal di Kampung Guar Perahu, di sini awal pagi hari ini.

Namun tiada kemalangan jiwa atau sesiapa yang cedera, dalam kebakaran di bengkel tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan pada 3.18 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti terus ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel motosikal berkeluasan 600 kaki persegi dan api sedang marak, dengan peratusan kemusnahan ketika itu sebanyak 70 peratus.

“Kerja-kerja pemadaman dijalankan dan mendapati kebakaran itu memusnahkan sebanyak 23 buah motosikal dan sebuah ATV, yang terdapat di bengkel tersebut,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata pihak bomba berjaya memadam kebakaran itu sepenuhnya pada 5.50 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan