Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peningkatan serangan di Rafah dalam situasi itu boleh mengakibatkan kematian orang awam dalam jumlah yang besar dan semua pihak harus melakukan segala yang mungkin untuk menghalangnya. Foto AFP

Serangan ke atas Rafah boleh sebabkan kehilangan nyawa ‘dalam skala besar’ – PBB

ByBernama

NEW YORK, 7 Feb: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa  memberi amaran bahawa serangan berterusan Israel ke atas bandar Rafah di selatan Gaza boleh menyebabkan kehilangan nyawa orang awam dalam skala besar dan menggesa setiap usaha yang mungkin untuk menghentikan serangan itu.

Ini susulan tindakan tentera penceroboh menjadikan bandar itu sebagai sasaran utama operasi ketenteraan mereka sejak kebelakangan ini.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) turut memberi amaran mengenai kesan buruk serangan darat di Rafah yang menempatkan kira-kira 1.5 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan berlindung di kem-kem atau bangunan yang rosak akibat dibom tentera rejim, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

“Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, serangan secara melulu di kawasan berpenduduk mungkin merupakan jenayah perang,” kata jurucakap OCHA, Jens Laerke dalam satu taklimat di Geneva, Switzerland.

Beliau berkata peningkatan serangan di Rafah dalam situasi itu boleh mengakibatkan kematian orang awam dalam jumlah yang besar dan semua pihak harus melakukan segala yang mungkin untuk menghalangnya.

OCHA baru-baru ini melaporkan bahawa pengeboman berterusan Israel dari udara, darat dan laut di sebahagian besar Semenanjung Gaza, mengakibatkan kematian orang awam, pengusiran dan kemusnahan infrastruktur awam.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) juga memaklumkan bahawa kira-kira 1.3 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal sedang berada di jalan-jalan di Rafah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan