Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn. menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan SK St. Michael (M) Entingan Samarahan. Foto TVS

Sekolah daif tidak halang anak Sarawak terima pendidikan – Roland

KUCHING, 7 Feb: Fasaliti sekolah yang daif tidak pernah menghalang pelajar di negeri ini menerima pendidikan yang terbaik, kata Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Beliau menekankan bahawa Kerajaan Sarawak optimis memperjuangkan sekali gus mengukuhkan segmen pendidikan negeri demi masa depan anak Sarawak.

“Kita mahukan anak-anak kita cemerlang dalam semua aspek pendidikan, terutama penguasaan bahasa Inggeris,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan SK St. Michael (M) Entingan Samarahan di sini, pada Rabu.

Tambah Roland, bagi merealisasikan usaha murni ini, Kerajaan Sarawak juga giat melatih serta memberi pendedahan kepada bakal pendidik bagi subjek Bahasa Inggeris serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di institusi pengajian tinggi termasuklah Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Teknologi Swinburne.

Beliau yang juga ahli lembaga pemegang amanah bagi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) turut menyatakan bahawa unit itu akan turut membantu dalam memangkin serta melestarikan pendidikan di sekolah-sekolah Sarawak.

Roland menambah inisiatif berkenaan juga memastikan tiada keciciran dalam pendidikan di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan