Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Profesor Datuk Seri Dr Mike Chan ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat bertemu Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS).

Sarawak mampu jadi hab pelancongan perubatan bertaraf dunia

BySalasiah Safian

KUCHING, 7 Feb: Sarawak memiliki potensi untuk menjadi hab pelancongan perubatan bertaraf dunia.

Pengerusi European Wellness Biomedical Group, Profesor Datuk Seri Dr Mike Chan berkata, ke arah merealisasikan hasrat berkenaan, sokongan daripada Kerajaan Sarawak sangat diperlukan oleh pemain industri berkenaan.

“Saya mahukan World Medical Wellness Hub ada di sini (Sarawak).

“Kita merancang untuk membawa pelancong kesihatan berprofil tinggi untuk menjalani terapi serta rawatan di sini dan bukannya mereka memilih melakukannya di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Turut menyertai kunjungan tersebut ialah Presiden Persekutuan Persatuan Perniagaan Sarawak, Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, Penasihat Pembangunan Perniagaan European Wellness, Nor Aishah Tan Abdullah, Pengurus European Wellness Sarawak, Willy Poong Hui Lee dan Pengurus European Wellness Sarawak Tan Chet Shien.

Sementara itu, Mike Chan berkata, pihaknya turut berhasrat untuk menubuhkan Pusat Sains Penyelidikan di Sarawak supaya dapat membuka peluang pekerjaan dan teknologi di sini.

“Walaupun sasaran diletakkan untuk menarik golongan hartawan mendapatkan rawatan di sini, namun golongan kurang berkemampuan juga tidak akan dilupakan.

“Kami juga mahu memberi perhatian kepada mereka yang berkeperluan khas seperti autism dan sindrom down memandangkan saya mempunyai kepakaran tersebut,” katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, organisasi yang dikendalikannya telah merawat ribuan kanak-kanak yang disahkan menghidap penyakit berkenaan.

“Kami juga telah melakukan lebih 1,000 rawatan untuk pesakit ini di Kuala Lumpur sejak 24 tahun yang lalu.

“Sudah tiba masanya Sarawak menjadi hab dunia dalam kedua-dua bidang ini kerana (harga) yang lebih berpatutan. Bayangkan orang Singapura, Brunei dan Jakarta atau Kalimantan (Indonesia) datang ke Sarawak untuk rawatan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan