Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman bergambar bersama Persatuan Hockien Limbang selepas Majlis Pembukaan Mata Singa. Foto TVS

Penduduk diminta berwaspada, HFMD meningkat di Limbang – Dr Abdul Rahman

LIMBANG, 7 Feb: Penduduk di daerah ini diminta meningkatkan langkah berjaga-jaga dan menjaga kebersihan susulan peningkatan kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Limbang.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, semua pihak termasuk ibu bapa perlu sentiasa mengawasi kesihatan anak-anak mereka.

Jelasnya, mereka yang mempunyai tanda gejala penyakit itu perlu segera mendapatkan rawatan ke hospital bagi mengurangkan risiko jangkitan.

“Antara yang dilaporkan meningkat ialah penyakit HFMD yang kebanyakannya melanda kanak-kanak.

“Kita menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil agar berhati-hati kalau ada gejala-gejala penyakit ini untuk membawa ke hospital mendapat rawatan awal, kita kena berhati-hati,” ujarnya ketika ditemui media selepas Majlis Pembukaan Mata Singa Sempena Tahun Baru Cina 2024 di Pejabat Persatuan Hockien Limbang hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata lagi, pihaknya belum menerima statistik penyakit itu di Limbang.

Bagaimanapun katanya, memandangkan terdapat peningkatan kes HFMD di Daerah Limbang, semua pihak termasuk ketua masyarakat perlu membantu menghebahkan infografik berkenaan penyakit HFMD di media sosial untuk membendung penularan penyakit itu.

Langkah berwaspada ini katanya, perlu ditingkatkan terutama sempena sambutan Tahun Baru Cina ini tanpa mengabaikan aspek kebersihan asas seperti mencuci tangan dengan kerap dan memastikan tempat-tempat yang sering dicapai oleh kanak-kanak kekal bersih.

Penyakit HFMD itu bukan sahaja menjangkiti kanak-kanak tetapi turut melibatkan segelintir golongan dewasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan