Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perayaan Gawai Dayak 2023, Dato Sri John Sikie Tayai menyerahkan tikar kepada wakil komuniti Bidayuh sebagai simbolik perayaan Gawai Dayak 2023 sambil disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika menghadiri Majlis Makan Malam Penghargaan Jawatankuasa Perayaan Gawai Dayak 2023 di Ranyai Ballroom, Hotel Waterfront. Foto TVS.

Komuniti Bidayuh ‘tuan rumah’ Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri 2024

KUCHING, 7 Feb: Komuniti kaum Bidayuh bakal menjadi penganjur utama bagi Majlis Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Tahun 2024, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai.

Menurut John kaum itu diberi penghormatan untuk menganjurkan sambutan berkenaan seiring dengan semangat ‘Segulai Sejalai’ rakyat di negeri ini.

Beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perayaan Gawai Dayak 2023 optimis akan kerjasama semua Ahli Jawatankuasa, Agensi-Agensi Kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat serta komitmen yang padu semua pihak akan menjayakan sambutan itu kelak.

“Sehubungan itu, saya mewakili seluruh Komuniti Iban ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan Komuniti Bidayuh kita dan saya yakin mereka berupaya untuk menganjurkan sambutan ini dengan jayanya.

“Pada masa yang sama, saya juga berharap agar semua Agensi-Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain dapat memberikan kerjasama dan Segulai Sejalai bersama-sama mereka dalam menganjurkan Sambutan Perayaan Gawai Dayak Tahun 2024 yang akan datang,” katanya.

Beliaberkata demikian pada Majlis Makan Malam Penghargaan Jawatankuasa Perayaan Gawai Dayak 2023 di Ranyai Ballroom, Hotel Waterfront pada Selasa.

John dalam pada itu menzahirkan sokongan Kerajaan Sarawak terhadap Majlis Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak dengan menyediakan sumbangan berjumlah RM1 juta kepada pihaknya.

“Selain itu, jawatankuasa ini juga telah menerima sumbangan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) dan juga agensi-agensi kerajaan yang lain.

“Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih saya berikan kepada rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berbangsa Dayak yang juga turut memberikan sumbangan berbentuk geran dalam menjayakan Perayaan Gawai Dayak Tahun 2023,” ujarnya.

Sementara itu, John memberitahu pihaknya bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan berusaha mendapatkan dana tambahan daripada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi menjayakan sambutan tahun ini.

“Seperti kebiasaan, saya akan membawa permohonan tambahan dana kepada Premier Sarawak. Mungkin dalam RM200,000 tahun ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan