Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Imigresen Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof (kanan) bertanya sesuatu kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang akan menaiki kapal yang membawa mereka ke negara asal pada program pemindahan warganegara Filipina di Pelabuhan Sandakan hari ini.Foto, Bernama.

Imigresen Sabah hantar pulang 1,773 PATI Filipina

ByBernama

SANDAKAN, 7 Feb: Seramai 278 pendatang tanpa izin warga Filipina dihantar pulang ke negara mereka hari ini, menjadikan 1,773 pendatang dari negara berkenaan dihantar pulang tahun ini sama ada melalui laut mahupun udara.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata tiga siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.

“Tahanan yang terlibat pada kali ini adalah tahanan warga Filipina dari Depot Imigresen Sandakan seramai 121 orang dan Depot Imigresen Papar seramai 157 orang.

“Mereka dihantar pulang dengan pengangkutan laut (feri) dari Pelabuhan Sandakan petang ini,” katanya kepada pemberita semasa operasi penghantaran pulang itu di pelabuhan berkenaan di sini hari ini.

Menurut SH Sitti Saleha kumpulan yang dihantar pulang kali ini melibatkan 159 lelaki, 79 wanita dan 40 kanak-kanak.

Mengenai penghantaran pulang pendatang dari Indonesia, beliau memahami negara itu akan menghadapi Pemilihan Umum Presiden pada bulan ini, namun berharap pihak kedutaan Indonesia terus memberi kerjasama dalam pengeluaran dokumen perjalanan bagi warganya yang masih ditahan di Sabah iaitu seramai 757 orang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan