Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir menenggelamkan 2,822 rumah dan 33 kampung di Grobogan, Jawa Tengah yang memaksa mangsa terjejas dipindahkan. Foto BNPB

2,822 rumah dan 33 kampung di Jawa Tengah dilanda banjir

JAKARTA, 7 Feb: Sebanyak 33 kampung di 12 mukim di wilayah Grobogan, Jawa Tengah, dilanda banjir besar berikutan aliran air dari tiga sungai di situ yang melimpah ke kawasan mukim.

Banjir besar kali ini dicetuskan hujan lebat yang berlaku pada dua hari sebelum ini dan menyebabkan air daripada sungai melimpah.

Antara mukim yang terjejas ialah mukim Godong, Penawangan, Tawangharjo, Purwodadi, Toroh, Karangrayung, Geyer, Kedungjati, Tegowanu, Tulisharjo, dan Gubug, dan Grobogan.

Menurut jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhari, banjir di beberapa kawasan masih merebak, malah mencecah kedalaman satu meter.

“Banjir yang masih berlaku ketika ini terus merebak berikutan aliran air daripada sungai yang masih melimpah akibat benteng tepi sungai yang musnah,” katanya.

Muhari turut mendedahkan sebanyak 2,822 unit rumah dan 56 hektar sawah tenggelam akibat banjir.

Sementara itu, laluan utama ke arah Purwodadi-Semarang turut terputus, termasuk lintasan kereta api tidak dapat dilalui setakat ini akibat dinaiki air.

Pihak berkuasa tempatan wilayah Grobogan bersama pasukan telah melakukan tindakan kecemasan dengan memindahkan mangsa yang terjejas ke pusat pemindahan sementara dan mengagihkan bantuan logistik.

BNPP turut meminta orang ramai bersiap sedia menghadapi potensi banjir berikutan amaran cuaca hujan ekstrem yang diramalkan berlaku di beberapa kawasan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan