Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mas Ermieyati Samsudin melawat SK Paku Central ketika lawatan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke sekolah rendah daif di Saratok dan Betong semalam. Foto, TVS.

Wujud keperluan mendesak baiki sekolah daif di Sarawak, Sabah – PAC

BETONG, 6 Feb: Lawatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di beberapa sekolah daif di Sabah dan Sarawak merumuskan wujud keperluan mendesak untuk membaiki prasarana pendidikan itu.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu mengambil tindakan selepas ini.

Kata Mas Ermieyati, lawatan PAC dilakukan susulan laporan Ketua Audit Negara 2022 berkenaan peruntukan sekolah daif.

“Apabila PAC turun padang, kami melihat (keadaan sekolah daif) dan rasa simpati.

“Selain sekolah daif di Sarawak, saya percaya keadaan sama juga berlaku di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Paku Central di sini.

Sementara itu, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, antara ‘penemuan’ lain oleh PAC ialah terdapat  pelajar yang terpaksa belajar dalam suasana yang tidak selesa.

Katanya keadaan ini berlaku disebabkan oleh projek pembinaan bangunan sekolah baharu yang terbengkalai.

“Telah berlaku kelewatan projek lebih daripada setahun, murid – murid belajar dalam suasana panas,” katanya.

Sekolah lain yang dilawati ahli jawatankuasa PAC termasuklah SK Supok, SK Nanga Grenjang dan SK Serabang.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju dan Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan