KUCHING, 6 Feb: Kerajaan Sarawak bakal membina sebuah loji rawatan air baharu di Landeh bagi tujuan meningkatkan kapasiti pengeluaran bekalan air di seluruh Bandaraya ini serta daerah berdekatan.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiaitif berkenaan turut memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada industri dan pertumbuhan penduduk di negeri ini.
“Kami menjangkakan penduduk di sini akan terus berkembang dan pelbagai industri akan berkembang dalam beberapa tahun akan datang.
“Oleh itu, kami telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan bekalan air yang mencukupi untuk kawasan sekitarnya dan daerah-daerah berdekatan.
“Kilang rawatan air yang dicadangkan akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kapasiti dan memenuhi keperluan yang berkembang dalam komuniti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kilang Sistem Pembinaan Industrial (IBS) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Abang Johari menegaskan kerajaan optimis mengutamakan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyatnya berbanding agenda politik.
“Kami tidak terlibat dalam politik di sini (seperti negeri-negeri lain) kerana kami terlalu sibuk memberi tumpuan kepada projek infrastruktur penting, termasuk perumahan yang berpatutan, bekalan air dan elektrik, serta pembinaan jalan raya dan jambatan,” ujarnya. – TVS