Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita warga Myanmar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dengan sindiket yang membawa masuk warga asing ke negara ini tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa.

Ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan tuntutan palsu

MELAKA, 6 Feb: Seorang ketua jabatan sebuah kementerian dan seorang pengarah syarikat masing-masing direman lima dan empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu bernilai RM49,900 tahun lepas.

Majistret Khairunnisak Hassni membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka yang menahan kedua-dua lelaki berumur 42 dan 41 tahun itu ketika mereka memberi keterangan di pejabat agensi berkenaan pada petang semalam.

Kedua-dua suspek dikatakan bersubahat membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan bagi sebuah program yang diadakan di sekitar Melaka sedangkan pembekalan terbabit tidak pernah dilaksanakan pada tahun lepas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan