Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dasar domestik sangat kritikal dalam usaha kerajaan membangunkan kedudukan negara bagi menjamin pengurusan ekonomi yang lebih baik dan pada masa yang sama, mengelakkan ketirisan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto, Bernama.

Dasar domestik kritikal bangunkan kedudukan negara, jamin ekonomi – Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 6 Feb: Dasar domestik sangat kritikal dalam usaha kerajaan membangunkan kedudukan negara bagi menjamin pengurusan ekonomi yang lebih baik dan pada masa yang sama, mengelakkan ketirisan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bayaran insentif awal penjawat awam dibayar 23 Feb ini – PM Anwar

Beliau berkata adalah penting untuk kerajaan, terutama sekali Kementerian Kewangan menumpukan sepenuh perhatian kepada tatakelola serta pengurusan ekonomi yang baik bagi mengelakkan ketirisan dan mempercepat proses kelulusan pembangunan.

“Untuk keluarga Kementerian Kewangan, kita tidak boleh lari daripada fokus yang sedemikian,” kata beliau ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Anwar berkata reformasi yang dilaksanakan dalam mengurangkan ketirisan dan meningkatkan tadbir urus membolehkan kerajaan memperkasakan bantuan kepada rakyat, termasuk penyelarasan gaji penjawat awam kerana ia memberikan keyakinan baharu dan mengiktiraf kebajikan rakyat.

Sementara itu, beliau berkata negara memerlukan ruang fiskal yang mencukupi bagi menjamin kesejahteraan dan pada masa yang sama, darjat hidup rakyat dapat ditingkatkan.

Terdahulu, dilaporkan bahawa kerajaan MADANI mendepani kekangan fiskal disebabkan hutang negara yang mencecah RM1.2 trilion iaitu hampir 65 peratus keluaran dalam negeri kasar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan