Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar diperkenalkan kepada kakitangan Astana semasa kunjungannya, hari ini. Foto UKAS

Tun Dr Wan Junaidi adakan kunjungan rasmi ke Astana julung kali sejak angkat sumpah

ByMuqri Aziz

KUCHING, 5 Feb: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengadakan kunjungan rasmi pertamanya ke Astana sejak beliau mengangkat sumpah jawatan pada 26 Januari lalu.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menerusi kenyataan memaklumkan ketibaan Wan Junaidi bersama isterinya Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi disambut Pegawai Tadbir Kanan Pejabat Astana Riziandy Nawawi serta Setiausaha Sulitnya, Junih Salleh Ahmad.

Tun Dr Wan Junaidi diberi taklimat oleh Junih Salleh Ahmad di pejabatnya di Astana, hari ni. Foto UKAS

Kunjungan beliau ke Astana turut diselitkan dengan taklimat mengenai tugasnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak oleh Junih selepas Riziandy memperkenalkan petugas-petugas Astana kepada beliau.

“Selepas diberi taklimat mengenai tugasnya, Wan Junaidi kemudiannya dibawa meninjau Astana dan mendengar taklimat mengenai kemajuan kerja-kerja pengubahsuaian,” menurut kenyataan itu.

Astana yang telah dibina oleh Raja Putih Sarawak Kedua Charles Brooke sejak tahun 1870 itu kini sedang menjalani pengubahsuaian kecil yang dijangka akan siap tidak lama lagi.

Wan Junaidi yang mengangkat sumpah jawatan pada 29 Januari lepas, mengakhiri kunjungannya dengan menghadiri jamuan minum petang bersama kakitangan Astana.

Pelantikan Wan Junairi mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan