Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keluarga semua penghuni penjara dibenar membuat lawatan perjumpaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 12 hingga 13 Februari ini. Foto Bernama

Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada 12 dan 13 Februari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Keluarga semua penghuni penjara dibenar membuat lawatan perjumpaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 12 hingga 13 Februari ini.

Jabatan Penjara dalam kenyataan memaklumkan lawatan itu juga melibatkan Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney dengan keutamaan diberi kepada penghuni kaum Cina sahaja.

Menurut kenyataan itu, terdapat dua kaedah perjumpaan iaitu secara bersemuka dan secara dalam talian (panggilan video) di mana kaedah secara dalam talian akan dilaksanakan selama tiga hari bermula pada 14 hingga 16 Februari.

“Pelawat yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat antaranya waktu lawatan bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang, membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala serta perlu membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.

“Selain itu, pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni serta tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Penjara turut memaklumkan lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu menerusi tempahan iaitu Sistem i-Visit di www.prison.gov.my, panggilan telefon dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan.

“Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan mereka perlu menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan