Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh manakala 1,600 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran hutan melanda Wilayah Valparaiso, Chile. Foto AFP

Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile

ByBernama

BOGOTA, 5 Feb: Sekurang-kurangnya 99 terbunuh manakala 1,600 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran hutan melanda Wilayah Valparaiso, Chile.

Identiti 32 mayat telah dikenal pasti setakat ini, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pihak berkuasa.

Setakat ini, sebanyak 161 kebakaran direkodkan di seluruh negara, menurut pengarah Perkhidmatan Pencegahan dan Tindak Balas Bencana Kebangsaan, Alvaro Hormazabal.

Pihak berkuasa tempatan menggesa ribuan penduduk meninggalkan kediaman mereka dan mengisytiharkan darurat di bandar-bandar yang terjejas teruk.

Lebih 200 orang dilaporkan hilang di Vina del Mar dan kawasan sekitar iaitu kawasan pantai yang popular bagi pelancong semasa cuti musim panas.

Presiden Chile Gabriel Boric memberi amaran bahawa jumlah kematian dijangka meningkat susulan kebakaran masih melanda beberapa kawasan di Valparaiso.

Boric turut mengisytiharkan dua hari berkabung bagi mengenang mangsa terkorban.

Presiden berkata, angin kencang menyukarkan pasukan bomba untuk mengawal kebakaran hutan yang telah merebak hingga 8,000 hektar (19,768 ekar) hutan dan kawasan bandar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan