Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pesara syarikat swasta di sini kerugian RM400,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja tidak wujud. Foto hiasan Envato

Pengarah syarikat rugi lebih RM11 juta diperdaya skim pelaburan mata wang kripto

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Seorang pengarah syarikat kerugian RM11,130,123 selepas terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto ‘ACCERX’ yang diiklankan di laman Facebook pada September lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata kerugian itu merupakan yang terbesar setakat ini melibatkan individu dalam kes membabitkan skim pelaburan berkenaan.

“Lelaki berusia 60 tahun itu membuat laporan pada 30 Jan lepas di sebuah balai polis di Sentul dan berikutan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sejak November lepas, polis telah menerima 124 laporan daripada mangsa penipuan pelaburan itu di seluruh negara melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM90,364,463.08.

Hasil siasatan, polis mengenal pasti 73 syarikat, 83 akaun bank milik syarikat dan perniagaan serta satu akaun bank individu yang digunakan dalam penipuan ini.

Pada masa sama, Rohaimi menasihati mana-mana individu yang mungkin masih berurusan dengan skim pelaburan ini untuk menghentikan perkara itu dan membuat laporan di balai polis berhampiran untuk mengelak daripada menjadi mangsa.

Orang ramai yang ingin membuat pelaburan dalam urus niaga mata wang kripto juga dinasihat membuat semakan kesahihan perkhidmatan itu sebelum berbuat demikian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan