Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menerima tanda pengharagaan daripada Abdul Halim Abang Naili di Bangunan Baitulmakmur hari ini. Foto TVS

JIMS dan KPWKM bekerjasama tangani isu PATI

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 5 Feb: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat (KPWKM) akan bekerjasama khususnya dalam menangani isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri ini.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kolaborasi tersebut penting terutamanya apabila melibatkan kumpulan sasaran wanita dan kanak-kanak.

“PATI bukan sahaja merangkumi golongan lelaki tetapi juga wanita, dan apabila kita bercakap tentang kanak-kanak, ini melibatkan umur dan hak-hak tertentu seperti hak pendidikan.

“Di sinilah kolaborasi dengan pelbagai agensi amat diperlukan untuk menentukan hak asasi kanak-kanak ini serta kewarganegaraan mereka,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Pengarah JIMS yang baharu, Abdul Halim Abang Naili di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.

Tambahnya, JIMS juga salah satu ‘Pusat Sehenti’ untuk menangani isu penyalahgunaan dan pengedaran dadah terutamanya di sempadan, dan turut merupakan satu kod bidang yang perlu kerjasama yang erat.

Sementara itu, Pengarah JIMS, Abdul Halim Abang Naili berkata, antara aspek kerjasama yang akan diselaraskan pihaknya sebagai jabatan berkuatkuasa dalam isu PATI adalah program-program bersama KPWKM Sarawak.

“Seperti yang kita sedia maklum, isu PATI adalah di bawah bidang kuasa jabatan kami, jadi bersama dengan KPWKM kita akan mengadakan aktiviti-aktiviti pembangunan dengan tujuan yang tertentu,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Penolong Pengarah Kanan dari Pejabat Pengarah JIMS, Sapiee Mohd Nawei dan Ketua Bahagian Visa, Pas dan Permit JIMS, Yusdi Morshidi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan