Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail TVS

Pertandingan Si Bulus curi perhatian pengunjung di Mini KUD Kota Samarahan

ByHafeezzur Muzamir

KOTA SAMARAHAN, 4 Feb: Penganjuran Pertandingan Si Bulus yang berlangsung di Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Kota Samarahan 2024, hari ini menarik perhatian orang ramai.

Pemilik syarikat Putra Cats Service, Sufian Mohat yang dipertanggungjawabkan sebagai penganjur pertandingan itu memberitahu, jumlah penyertaan yang diterima amat memberangsangkan.

Antara kucing peliharaan yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Si Bulus di Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Kota Samarahan 2024 di sini, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS)

Sufian berkata, pihaknya terpaksa menghadkan 80 penyertaan sahaja berikutan keluasan lokasi yang terhad selain jumlah pengunjung yang ramai.

“Kita mempromosi acara ini sejak dua minggu lepas,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Pertandingan Si Bulus tarikan di Mini KUD Kota Samarahan.

Menurut Sufian, sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu anak kucing bulu pendek dan panjang, kucing dewasa bulu pendek dan panjang serta haiwan peliharaan di rumah.

Ujarnya, setiap kucing peliharaan dinilai berdasarkan beberapa elemen, antaranya kebersihan dan kecantikan.

Sufian menjelaskan, yuran penyertaan yang dikenakan dalam setiap kategori adalah RM30 dengan pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM300.

Mini KUD Kota Samarahan 2024 yang berlangsung dari 1 hingga 4 Februari menyaksikan lebih daripada 150 reruai pempamer terlibat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan