Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan akan melaksanakan pengusiran seramai 61,125 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di beberapa Depoh Tahanan Sementara Imigresen di seluruh negara. Foto fail, Bernama.

PATI lolos, 41 berjaya ditahan setakat pagi tadi

ByBernama

IPOH, 4 Feb: Dua lagi pendatang tanpa izin yang melarikan dari Depot Sementara Imigresen Bidor dekat sini, pada Khamis lepas berjaya ditahan menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan 41 orang setakat 7 pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan perkara itu berkata dua tangkapan terbaharu  itu dibuat pada awal pagi ini.

13 pendatang bagi alasan ditipu sindiket pekerjaan ketika minta perlindungan

Katanya kesemua 41 tahanan yang merupakan etnik Rohingya dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Tapah untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada 9.50 malam 1 Feb lepas, seramai 131 tahanan terdiri dari etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh meloloskan diri  dari Depot Imigresen Sementara Bidor.

Semua tahanan itu merusuh dengan merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan