Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Durie Likong (kiri), Penny Ajan (tengah) dan Seripah Budit (kanan) ketika ditemui TVS di Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Kota Samarahan 2024, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS)

Mini KUD Kota Samarahan: Produk kraf tangan Iban jadi perhatian pengunjung

ByHafeezzur Muzamir

KOTA SAMARAHAN, 4 Feb: Program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Kota Samarahan 2024 yang berlangsung bermula 1 hingga 4 Februari depan menjadi platform terbaik bagi tiga usahawan kraf tangan dari Kapit untuk mempromosi produkĀ  mereka.

Mini KUD produk kraf tangan Iban jadi tumpuan.

Tinjauan TVS mendapati reruai pameran usahawan bimbingan Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu tidak lenggang dikunjungi orang ramai yang teruja melihat keunikan produk kraf tangan etnik Iban.

Antara yang mencuri tumpuan ialah reruai pameran Thewrie Enterprise yang menawarkan produk kraf tangan busana etnik Iban dengan menggunakan cengkerang yang dicorakkan pada permukaannya.

Pemilik syarikat itu, Durie Likong berkata, dia menggunakan cengkerang pada setiap produk kraf tangan yang dhasilkan.

ā€œCengkerang atau dikenali sebagai burii ini akan dijahit dan digam di permukaan skirt, jaket, tali leher, seluar dan kotak isu. Coraknya bermotifkan seni etnik Iban,ā€ katanya kepada TVS.

Sementara itu, reruai pameran PNG Trade Enterprise pula menawarkan produk kraf tangan manik etnik Iban yang diinovasikan kepada pelbagai jenis.

Menurut pemilik syarikat itu, Penny Ajan, penglibatannya dalam Mini KUD berjaya menambah hasil jualannya.

ā€œKarnival ini sangat membantu jualan saya kerana ramai pengunjung yang bukan berbangsa Iban berkunjung teruja dengan produk yang jual,” katanya.

Seorang lagi usahawan dari Kapit, Seripah Budit pula berkata penglibatan dalam Mini KUD membantu meningkatkan jualannya.

Pemilik L.S Entawau Enterprise itu yang menghasil dan menjual produk kraf tangan berasaskan pua kumbu menyasarkan untuk menyertai karnival lain di luar Sarawak termasuk luar negara.

ā€œSaya ingin menjual produk ini sehingga ke Brunei dan Singapura. Oleh itu saya berharap MARA dapat bantu,ā€ katanya.

Mini KUD Kota Samarahan 2024 yang berlangsung dari 1 hingga 4 Februari menyaksikan lebih daripada 150 reruai pempamer terlibat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan