Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sandra Trinata menunjukkan sebahagian produk keluaran syarikatnya yang dijual pada Karnival Usahawan Desa di Kota Samarahan, semalam. Foto, Izzah Kamilah (TVS).

Inovasi perabot syarikat di Bau pikat pembeli dari Amerika Syarikat, Singapura dan Indonesia

ByIzzah Kamilah Yunus

KOTA SAMARAHAN, 4 Feb: Siapa sangka dengan menginovasikan kraf tangan terpakai menjadi barangan baharu, ia mampu menjadikan produk tersebut bertaraf antarabangsa.

Itulah dilakukan oleh syarikat Nang Dee Resources  yang menukarkan tambuk kepada beg tangan mengikut fesyen terkini serta ‘menjadikan’ rotan sebagai kerusi.

Pengasasnya Sandra Trinata berkata, menerusi bimbingan yang diberikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula, ia telah membantu meningkatkan lagi pemasaran produk keluaran syarikatnya.

“Saya menyertai program dianjurkan oleh MARA pada 2014, antara manfaat yang diterima termasuk pendedahan melalui pameran yang dianjurkan oleh mereka.

“Selain itu MARA juga membantu dalam pembangunan produk menerusi kursus dan latihan yang disediakan.

“Sejak itu, Nang Dee Resources mula dikenali termasuk di luar Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS dalam ketika ditemui pada Karnival Usahawan Desa (KUD) anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini, semalam.

Sementara itu, Sandra memberitahu, antara pasaran luar negara yang berjaya ditembusi syarikatnya termasuklah Indonesia, Singapura dan Amerika Syarikat.

“Ini berlaku ketika pandemik COVID-19 apabila syarikat melakukan pemasaran secara dalam talian,” katanya.

Nang Dee Resources ditubuhkan pada 2007 di Bau dan ketika ini syarikat itu mempunyai 20 orang penganyam dan pekerja yang bertanggungjawab dalam menghasilkan kerusi rotan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan