Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua penyanyi terkenal, Hafiz Suip dan Ella tampil menghiburkan peminat mereka pada Konsert Karnival Usahawan Desa (KUD) di Kota Samarahan malam tadi. Foto, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Hafiz Suip, Ella hiburkan ribuan pengunjung Konsert KUD di Kota Samarahan

ByIzzah Kamilah Yunus

KOTA SAMARAHAN, 4 Feb: Konsert Karnival Usahawan Desa (KUD) anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) malam tadi berjaya menarik kehadiran ribuan pengunjung.

Berlangsung di Halaman Samarahan, Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), konsert membariskan tiga artis terkenal Sarawak termasuk Hafiz Suip, Alexander Peter Chelum dan Claudia Geres selain kehadiran Ratu Rock Negara, Ella dan Jay Jay.

Alexander Peter diberi penghormatan membuka tirai persembahan dengan mendendangkan empat buah lagu termasuk dua lagunya sendiri iaitu Milih Menantu Indai dan Anang Magah.

Pengunjung kemudian terus dibuai dengan alunan lagu cinta Cukup Sekali dan Rindu Bayangan yang disampaikan oleh Jay Jay.

Bekas peserta Akademi Fantasia, Claudia juga tidak kurang hebatnya apabila lagu Flowers dendangan asal Miley Cyrus yang disampaikannya malam tadi turut dinyanyikan beramai – ramai oleh pengunjung.

Suasana terus gamat apabila Ella tampil di pentas konsert dengan lagu Sembilu, diikuti Gemilang dan menutup pesembahan dengan lagu Standing In The Eyes Of The World.

Penyanyi kelahiran Kuching, Hafiz Suip pula muncul sebagai artis penutup dengan menyampaikan lagu yang memperkenalkan namanya dalam industrti muzik, Noktah Cinta.

Hafiz meneruskan persembahan dengan lagu Ku Akui dan Kisah Cinta Kita.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang yang juga Ahli Parlimen Samarahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan