Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof malam tadi menyertai larian sejauh enam kilometer (km) pada Anak Sarawak International Half Marathon (ASIHM21). Foto: Nadhir Azfar

Fadillah sertai acara larian antarabangsa di ibu kota bersama hampir 7,000 peserta

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof malam tadi menyertai larian sejauh enam kilometer (km) pada Anak Sarawak International Half Marathon (ASIHM21) di sini, yang disertai hampir 7,000 peserta.

Selaku penaung Sarawak Volunteers yang menganjurkan acara larian itu, Fadillah turut melepaskan peserta bagi dua kategori lain iaitu 11 km dan 21 km.

Sebelum memulakan larian, beliau sempat menyampaikan ucapan ringkas untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta.

ASIHM21 yang bermula pada 8 malam tadi membawa peserta menyelusuri keindahan hutan konkrit Kuala Lumpur dengan laluan melalui dua lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Acara itu berjaya menarik penyertaan peserta dari pelbagai negara antaranya Sepanyol, Jerman, Itali, Kanada, Argentina, Turkiye, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia sekali gus menjadi satu tarikan pelancongan sukan buat negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan