Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah korban akibat kebakaran hutan yang melanda bahagian tengah dan selatan Chile kini meningkat kepada 51 orang, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media pada Ahad. Foto, AFP.

Angka korban kebakaran hutan di Chile meningkat kepada 51 orang

ByBernama

ANKARA, 4 Feb: Jumlah korban akibat kebakaran hutan yang melanda bahagian tengah dan selatan Chile kini meningkat kepada 51 orang, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media pada Ahad.

“Jumlah mangsa dijangka bertambah dalam beberapa jam akan datang,” kata Presiden Chile Gabriel Boric dalam satu kenyataan.

Boric berkata Kementerian Pertahanan akan mengerahkan lebih banyak unit tentera ke kawasan terjejas dan menggunakan semua sumber yang ada.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Carolina Toha berkata kira-kira 92 kebakaran berlaku di pelbagai tempat dan sehingga kini sudah menjejaskan kira-kira 43,000 hektar kawasan.

“Anggota bomba telah berjaya mengawal 40 kebakaran dan masih bertungkus lumus memadamkan 29 lagi kebakaran,” katanya.

Menurut pihak berkuasa, di Valparaiso sahaja  kira-kira 1,100 kediaman dilaporkan musnah.

Berikutan itu, Presiden Boric telah mengisytiharkan darurat dan mengarahkan semua anggota penyelamat dihantar ke kawasan yang terjejas bagi membantu usaha memadam kebakaran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan