Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Datuk Martin Ben. Foto TVS

Ubi, jagung Serian berpotensi dieksport luar negara – Martin

SERIAN, 3 Feb: Hasil pertanian seperti ubi keledek dan jagung di Serian berpotensi dieksport ke luar negara, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Datuk Martin Ben.

Menurutnya, inisiatif para petani yang menjual hasil mereka di sepanjang jalan raya di sini juga menggambarkan Serian adalah antara hab pertanian di negeri ini.

“Bagaimana kita di Serian ini dapat menggunakan peluang-peluang pertanian ini baiknya secara individu atau secara kelompok. Kita bawa pelabur-pelabur asing dan kita kongsi (ekonomi).

Mengapa saya kata bahagian Serian ini istimewa? (kerana) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hanya mengambil masa kira-kira 1 jam manakala jarak ke Pelabuhan kita memakan masa 1 jam, 20 minit dan kawasan-kawasan industri kita berdekatan,” katanya pada Taklimat Khas Pentadbiran Akar Umbi KMKK Daerah Serian 2024 di sini, pada Sabtu.

Sehubungan itu, Martin menyeru agar para petani di sini meningkatkan hasil keluaran mereka berikutan usaha itu akan menarik pelabur asing terhadap tanaman mereka.

Hadir sama Residen bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph, wakil ADUN Tebedu Cr John David dan Ketua Seksyen Bidayuh, Majlis Adat Istiadat Sarawak Dr Charlie Dudang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan